Assalamualaikum…
Sayup-sayup suara burung berkicauan,
Menandakan siang sudah menjelma,
Sudah lama blogku tidak diisi dengan coretan,
Kini ku hadir dengan cerita kehidupan dunia.
Kadang2 susah juga buat pantun ni ye bagi yg kurang mahir
seperti sy ni…
Tapi, kalau tidak dipecahkan kepala untuk berfikir kita x
akan dpt ayat2 yg puitis la katakan…
Indahnya ayat2 yg kita pelajari, dengan ayat kita mampu
bersastera walaupun sy budak sains. Riak ke? Bukan niatku untuk menunjuk2 tp
ingin membuktikan bahawa budak sains mampu bersastera bukan budak sastera je
tau, budak2 lain x boleh n mampu lakukan… Bahasa Malaysia adalah bahasa yg
menyatukan rakyat yg berbilang kaum, agama n bangsa.
Pelikkan remaja zaman sekarang, bagaimana boleh terjadi
perkara ini? Bahasa, ayat n ejaan B. Malaysia boleh bertukar sehinggakan susah
utk dibaca bagi orang yg normal… perlu dielakkan agar generasi 2020 x terikut2
bahasa pelik. Maaf lah bagi yg terasa, siapa yg makan cili akan terasa la pedas
ye ayat2ku yg x ada perisa cili ni…
Ayuh, bangkit n majukan diri dengan memartabatkan Bahasa
Malaysia Jiwa Bangsa…
p/s : X susah menjadi susah, x senang menjadi senang…