Rabu, 10 September 2014

Menghilang Untuk Seketika...


Assalamualaikum…

Sudah lama jari jemari ini tidak menulis blog, kepenatan menguasai diri dgn pelbagai pekerjaan yg d lakukan… kerja dan bisnes, dua perkara yang perlu di imbangkan menyebabkan masa untuk diri sendiri semakin berkurangan. Begitu juga masaku dengan rakan2. Maaf ya kalian… saya lagi kejar masa utk siapkan patung dan pin tepat pada masanya. Pesanan yg di minta perlu disiapkan segera agar pelangganku tak lari…

Di saat kesibukkan menguasai diri, hand phone jarang di pegang kcuali masa di perlukan or penat dgn kerja sahaja di sentuh. Maaf andai ada panggilan n sms yg masuk x berbalas… Selamatlah diri  ini masih single, x perlu risau pasal buah hati. Kalau tak, mesti pengarang jantung hatiku sudah lari kan n menganggap sy sudah ada laki lain…

Kadang-kadang terfikir juga, adakah kepenatan ini bermakna atau sia2 utk mengisi masa yg ada. Niatkan dalam hati melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah. Selain itu, tujuanku ingin membantu org lain n membuat org tersenyum dgn apa yg aku lakukan. Doakan sy berjaya di dunia dan di akhirat ya pembacaku… ;)
Jumpa lagi di lebaran seterusnya…