Assalamualaikum…
Sudah lama jari jemari ini tidak menulis blog, kepenatan
menguasai diri dgn pelbagai pekerjaan yg d lakukan… kerja dan bisnes, dua
perkara yang perlu di imbangkan menyebabkan masa untuk diri sendiri semakin
berkurangan. Begitu juga masaku dengan rakan2. Maaf ya kalian… saya lagi kejar
masa utk siapkan patung dan pin tepat pada masanya. Pesanan yg di minta perlu
disiapkan segera agar pelangganku tak lari…
Di saat kesibukkan menguasai diri, hand phone jarang di
pegang kcuali masa di perlukan or penat dgn kerja sahaja di sentuh. Maaf andai
ada panggilan n sms yg masuk x berbalas… Selamatlah diri ini masih single, x perlu risau pasal buah
hati. Kalau tak, mesti pengarang jantung hatiku sudah lari kan n menganggap sy sudah
ada laki lain…
Kadang-kadang terfikir juga, adakah kepenatan ini bermakna
atau sia2 utk mengisi masa yg ada. Niatkan dalam hati melakukan sesuatu ikhlas
kerana Allah. Selain itu, tujuanku ingin membantu org lain n membuat org
tersenyum dgn apa yg aku lakukan. Doakan sy berjaya di dunia dan di akhirat ya
pembacaku… ;)
Jumpa lagi di lebaran seterusnya…