Khamis, 14 Ogos 2014

Semoga ketemu lagi...


Aku merinduinya, adakah dia merasai perasaan yang sama? Adakah penantianku ini akan ada jawapan atau sia2 lagi? Perlukah aku mengakhiri semuanya agar tiada perasaan yang sakit? Berikan aku jawapan setiap persoalan yang sedang bermain-main di minda… kadang2 aku merasakan semuanya tiada makna. Menanti sesuatu yang tak muncul tiba, hanya membuang masa. Tabahkan hati ini yang kian rapuh dengan ujian dunia.

Kehidupan perlu diteruskan walau ujian datang melanda , ingatlah ujian yang kita hadapi tidak sehebat ujian Allah bagi kepada para nabi dahulu. Sampai bilakah semuanya perlu berakhir? Sampaikan rinduku padanya Ya Allah,kuatkan hati ini dengan ujian-Mu…

Tangisan perlu dihentikan,

perasaan sedih perlu dihapuskan,

kuatkan hati yang kian rapuh,

semoga akan ada hikmah disebalik kejadian…

 

Allah sedang mengujiku tentang perasaan, dia berikan aku seorang lelaki yang mampu mengubahku ke arah kebaikan. Apabila tiba masanya ia akan mengambil semula agarku merasai kehilangan. Dia ingin melihat adakah aku akan kekalkan perubahan ini atau kembali semula pada perangai yang lama. Sentiasa berfikiran positif. Andaiku ada jodoh dengannya, walaupun bertahun perpisahan ini akan diketemui jua kerana tulang rusuk tak akan bertukar milik. Percayalah, janji Allah itu pasti. Kita hanya mampu merancang, Allah yang akan menentukan semuanya…

 
Insya Allah, suatu hari kita pasti akan ketemu jua wahai calon suamiku…  J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan