Sabtu, 22 Mac 2014

Kehidupanku...


Kehidupanku...

Kehidupanku berubah setelah mengenali dia. Seorang lelaki yang suka merendah diri terhadap kelebihan yang ada padanya. Seseorang yang luar biasa dengan keistimewaan sendiri yang jarang kutemui pada lelaki lain. Seandainya dia pilihan terbaikku, aku terima dengan lafaz bismillah dan akan menjaga dia sebaik mungkin.

Hati yang mengerakkanku ingin mengenalinya dengan lebih mendalam, Allah telah mengabulkan doaku untuk mendapat seseorang yang mampu mengubahku kearah kebaikkan dan meninggalkan keburukkan apa yang telah ku lakukan sebelum ini. Ku harapkan dengan adanya dia dalam kehidupanku akan menjadi sinar matahari yang sentiasa menerangi bumi, seperti bintang yang menjadi lukisan di langit pada waktu malam dan menjadi pelangi yang muncul selepas hujan.

Lumrah kehidupan, manusia hidup berpasang-pasangan. Cinta wujud dengan adanya perasan atau sesuatu yang tidak mampu diungkap oleh bibir sehinggakan lidah tidak mampu berkata apa-apa. Tetapi ketahuilah, di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita sebagai pendampingnya.

Aku ingin memilikinya sebagai seseorang yang halal bagiku. Tapi, bilakah hari itu akan tiba? Ku harap penantian ku ada jawapan, jawapan yang ikhlas lahir dari hati nuranimu. Akan ku nantikan kedatanganmu wahai insan yang membuatkanku tersenyum dalam mengharungi kehidupan... Mr. Z....

Selasa, 11 Mac 2014

Misteri ye kehilangan M370...

Assalamualaikum...

Skrg masih lg dlm keadaan tertanya-tanya? Kehilangan sebuah kapal terbang yg riuh di facebook, twitter, tv, radio n pelbagai lg media-media teknologi... Ya Allah, permudahkan pencarian tersebut, selamatkn semua yg ada di dlm pesawat MH370 dlm keadaan selamat dan hentikan kami dr keadaan tertanya-tanya. Berikan kami pertunjuk Mu ttg keberadaan pesawat itu.

Hebatkn ujian Allah pada hambanya? Dgn kehilangan pesawat MH370, kita tlh kenal bbrpa manusia yg busuk hati ye dgn mereka cerita, memfitnah, bersangka buruk n mcm-mcm lg. Yg paling menyedihkan, org yg beragama Islam... Syg ye, semoga Allah memberi balasan kpd mrka yg memburukkan keadaan. Bayangkn, apa yg akn tjadi pd masa hdpn seandainya manusia hnya mementingkan diri sndiri spt mrka? Mampu ka Malaysia berkembang n mmbangun seperti Negara Jepun? Fikir-fikirkn la, tepuk dada tnya iman...

Semua org akn diuji dgn pelbagai ujian antara berat n ringan bergantung kpd kemampuan individu tsebut. Ujian yg kta hadapi x la sehebat ujian Allah kpd para Nabi kta terdahulu, tp ingat la tnpa ujian hidup kta x kn mencabar n sunyi dr pelbagai perasaan. Apa yg kta perlu buat hanya la BERSABAR...

Kpda semua Hamba Allah, jgn lupa utk berdoa agar pencarian MH370 berakhir dgn khabar gembira. Allah sentiasa bersama dgn kita...


Khamis, 6 Mac 2014

Cinta? Apa yg anda fhm?


Assalamualaikum cinta…
 

Cinta? Apa yg anda faham? Setiap org mpunyai pndapat masing2, bagi sy? Cinta adalah sesuatu perasaan yg hadir tanpa kita sedari kita telah menyayanginya & menyukainya. Ia x dpt diungkapkan melalui kata2 krna hati yg bisa mengadili siapa yg berhak memiliki cinta…
 
Cinta ini terdapat pelbagai jenis… percaya x? Antara ye ialah cinta kerana terpaksa, cinta yg ikhlas melalui hati, cinta kerana Allah & pelbagai lg… semua org pernah mngalami cinta kn… sy akui sy pernah mgalami cinta terpaksa. Terpaksa menerima sesorg krna kwn shingga la ia btukar menjadi syg, tp ia x berkekalan krna mslh2 sekeliling. Mungkin yg pergi itu cinta, tp yg akan dtg nnti jodoh. Sapa sngka mungkin hari ini sy kehilangan org yg sy syg, tp nanti akn dtg sesorg yg menyayangi sy kn.

Alangkah indah ye klau bcinta slps nikah, semua ye halal. Tiada batasan, tiada jarak yg memisahkan, sntiasa ada org tersayang disisi… cinta yg mdapat restu dr keluarga… sweet ye kn? Kpd kaum Adam, jgn mengusik hati wanita tnpa niat ingin menikahinya. Kdg2 jgn memandang perempuan yg cantik je nk jd isteri, tp pilihlah hatinya kerana x semua prmpuan yg cantik ni baik ahklak ye n ada yg muka je cntik tp perangai Wallahu a’lam…

~ Cinta yg paling indah ialah cinta kpd pencipta,
   ia akn bkekalan smpai bila-bila n tiada  penghujung. (^-^)