Kehidupanku...
Kehidupanku berubah setelah mengenali dia.
Seorang lelaki yang suka merendah diri terhadap kelebihan yang ada padanya.
Seseorang yang luar biasa dengan keistimewaan sendiri yang jarang kutemui pada
lelaki lain. Seandainya dia pilihan terbaikku, aku terima dengan lafaz
bismillah dan akan menjaga dia sebaik mungkin.
Hati yang
mengerakkanku ingin mengenalinya dengan lebih mendalam, Allah telah mengabulkan
doaku untuk mendapat seseorang yang mampu mengubahku kearah kebaikkan dan
meninggalkan keburukkan apa yang telah ku lakukan sebelum ini. Ku harapkan dengan
adanya dia dalam kehidupanku akan menjadi sinar matahari yang sentiasa
menerangi bumi, seperti bintang yang menjadi lukisan di langit pada waktu malam
dan menjadi pelangi yang muncul selepas hujan.
Lumrah kehidupan,
manusia hidup berpasang-pasangan. Cinta wujud dengan adanya perasan atau
sesuatu yang tidak mampu diungkap oleh bibir sehinggakan lidah tidak mampu
berkata apa-apa. Tetapi ketahuilah, di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti
ada seorang wanita sebagai pendampingnya.
Aku ingin
memilikinya sebagai seseorang yang halal bagiku. Tapi, bilakah hari itu akan
tiba? Ku harap penantian ku ada jawapan, jawapan yang ikhlas lahir dari hati
nuranimu. Akan ku nantikan kedatanganmu wahai insan yang membuatkanku tersenyum
dalam mengharungi kehidupan... Mr. Z....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan