Rabu, 10 September 2014

Menghilang Untuk Seketika...


Assalamualaikum…

Sudah lama jari jemari ini tidak menulis blog, kepenatan menguasai diri dgn pelbagai pekerjaan yg d lakukan… kerja dan bisnes, dua perkara yang perlu di imbangkan menyebabkan masa untuk diri sendiri semakin berkurangan. Begitu juga masaku dengan rakan2. Maaf ya kalian… saya lagi kejar masa utk siapkan patung dan pin tepat pada masanya. Pesanan yg di minta perlu disiapkan segera agar pelangganku tak lari…

Di saat kesibukkan menguasai diri, hand phone jarang di pegang kcuali masa di perlukan or penat dgn kerja sahaja di sentuh. Maaf andai ada panggilan n sms yg masuk x berbalas… Selamatlah diri  ini masih single, x perlu risau pasal buah hati. Kalau tak, mesti pengarang jantung hatiku sudah lari kan n menganggap sy sudah ada laki lain…

Kadang-kadang terfikir juga, adakah kepenatan ini bermakna atau sia2 utk mengisi masa yg ada. Niatkan dalam hati melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah. Selain itu, tujuanku ingin membantu org lain n membuat org tersenyum dgn apa yg aku lakukan. Doakan sy berjaya di dunia dan di akhirat ya pembacaku… ;)
Jumpa lagi di lebaran seterusnya…

Khamis, 14 Ogos 2014

Semoga ketemu lagi...


Aku merinduinya, adakah dia merasai perasaan yang sama? Adakah penantianku ini akan ada jawapan atau sia2 lagi? Perlukah aku mengakhiri semuanya agar tiada perasaan yang sakit? Berikan aku jawapan setiap persoalan yang sedang bermain-main di minda… kadang2 aku merasakan semuanya tiada makna. Menanti sesuatu yang tak muncul tiba, hanya membuang masa. Tabahkan hati ini yang kian rapuh dengan ujian dunia.

Kehidupan perlu diteruskan walau ujian datang melanda , ingatlah ujian yang kita hadapi tidak sehebat ujian Allah bagi kepada para nabi dahulu. Sampai bilakah semuanya perlu berakhir? Sampaikan rinduku padanya Ya Allah,kuatkan hati ini dengan ujian-Mu…

Tangisan perlu dihentikan,

perasaan sedih perlu dihapuskan,

kuatkan hati yang kian rapuh,

semoga akan ada hikmah disebalik kejadian…

 

Allah sedang mengujiku tentang perasaan, dia berikan aku seorang lelaki yang mampu mengubahku ke arah kebaikan. Apabila tiba masanya ia akan mengambil semula agarku merasai kehilangan. Dia ingin melihat adakah aku akan kekalkan perubahan ini atau kembali semula pada perangai yang lama. Sentiasa berfikiran positif. Andaiku ada jodoh dengannya, walaupun bertahun perpisahan ini akan diketemui jua kerana tulang rusuk tak akan bertukar milik. Percayalah, janji Allah itu pasti. Kita hanya mampu merancang, Allah yang akan menentukan semuanya…

 
Insya Allah, suatu hari kita pasti akan ketemu jua wahai calon suamiku…  J

Sabtu, 19 Julai 2014

Petikan dari cerita 99 Kali Rindu...


Assalamualaikum pembacaku…

Terpukau ku seketika menonton cerita 99 Kali Rindu, indahnya bahasa mu bagaikan menyentuh kalbu para penonton… Ini antara ayat-ayat yang sungguh dalam bunyinya, puitis kan???

 

-Hidup ini umpama pedati,

Harus memberi manfaat di dunia &

bererti di akhirat…

 

-Yang paling jauh bukanlah matahari,

Bukan juga bulan ataupun bintang,

Tapi masa yang berlalu & takkan kembali lagi,

Yang ada hanyalah hari ini,

Hari esok belum pasti lagi milik kita…

 

-Permintaan iblis yang paling ingkar pun Allah makbulkan,

Inikan pula kita? Hamba kekurangan…

Berdoalah pada Allah,

Tiada yang mampu menolak takdir kecuali dengan doa,

Banyak hal di dunia ini tanpa kita sedari berubah hanya kerana doa,

Allah makbulkan doa hamba Nya yang bersungguh-sungguh dalam berdoa.

 

-Untuk hati yang masih menanti,

Nantilah dengan cinta,

Cinta yang akan membuatmu menerima,

Apa jua kehendak Tuhan kelak,

Tanpa kita sedar,

Cintamu kepada Nya akan membuatkan

Penantian itu sesuatu yang tak sia-sia…

 

-Kata-katanya adalah penawar,

Yang kalau disentuh,

Kaca menjadi permata,

Biarpun dia diam,

Nafasnya berbicara.

Bagaimana mungkin wanita tak tertawan?

 

-Dalam Islam, apakah kita tidak boleh menyatakan cinta?

Jawabnya, boleh tapi tak penting, tak sepenting bukti sebenar cinta. Bukti sebenar cinta itu apabila kita menghargai orang yang kita cintai dengan perbuatan agar ia rasa selamat dan terhormat. Contohnya…

-Di saat kita ingin melepaskan,

Ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dahulu,

Di saat kita tidak merindukannya,

Ingatlah saat kali pertama kita melafazkan cinta padanya,

Di saat kita mulai bosan dengannya,

Ingatlah saat-saat indah kita bersamanya.

 

Alangkah indahnya dapat suami yang mampu membahagiakan…

Bilakah akan muncul detik itu? ^.^

Jumaat, 4 Julai 2014

Ramadhan Kembali Lagi...


Assalamualaikum pembacaku…

Puasa jgn x puasa kcualilah Allah yg bg cuti. Untung ye jadi pempuan, Allah bagi keistimewaannya… Alhamdulillah kemunculan Ramadhan memberi rahmat kpd yg beragama Islam. Ada yg berniaga, membeli n jalan2 je di bazaar Ramadhan kn? 1st day Ramadhan di Bandar Mukah bagaikan pesta yg diadakan. Ramai ye pengunjung, x kira agama semua ada di sana… Mojoriti semua dagangan laku dgn kehadiran rakyat2 jelata yg membeli… J

Puasa tapi x solat? Mcm pelik je bunyi ye kan? Dunia sudah terbalik ka? Puasa sepanjang hari mampu dilaksanakan tp solat yg hnya beberapa minit x mampu dikerjakan? Salah siapa? Ibu bapa or diri sendiri? Malas or ingin menunjuk2? Adakah disebabkan puasa ni org nmpk muka n tubuh badan kita lemah so mrka tau yg kita puasa? Manakala, solat org x nmpk krna tiada sesiapa yg melihat? Cukuplah solat n puasa krna Allah, bukan ingin menunjuk2… Allah Maha Melihat, dia tahu apa yg kita buat.

Kebaikkan bagi org yg mengerjakan puasa ni bnyk, antaranya :-

·         Kita x perlu memikirkan menu utk makan tengahari

·         Jimatkan wang utk pembelanjaan makanan

·         Masa yg ada boleh digunakan utk perkara lain

Nasihatku, buat lah kebaikkan kerana Allah bukan kerana manusia. Manusia x mampu memberi apa2 kpd kita krna semua rezeki Allah yg turunkan antara bnyk or ckit, yg penting kita berusaha meraih ganjaran yg Allah berikan di akhirat kelak… Insya Allah :)
 

Duit Oh Duit...


Duit oh duit, dimana kau duit…

Assalamualaikum pembacaku budiman, duit mampu mengaburi mata manusia.

Hebatnya kuasa duit, jangan leka tentang dunia je tau akhirat kita ucapkan selamat tinggal…

Zaman sekarang ni, yang berharta akan dipandang tinggi seolah2 dialah raja dunia padahal manusia ni sama je martabat ye di sisi Allah. Jangan la pandang rendah pada yg miskin seolah2 mereka lah sampah masyarakat. Kadang2, rezeki yg Allah bagi pada kita setiap hari membuatkan kita lupa erti syukur. Jika suatu hari nanti, Allah tarik balik apa yg kita ada sekarang sudah semestinya kita akan menyesal. So, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya…

Jika diberi pilihan, ku ingin menjadi seorang yg miskin di mata manusia tapi kaya di mata Allah. Bagaimana? Dengan melakukan 5 perkara sebelum 5 perkara…

Masihkah kau ingat? Lagu DEMI MASA yg dinyanyikan oleh kumpulan Raihan berkisahkan kita untuk melakukan 5 perkara sebelum 5 perkara? Ini antara lirik lagu ye…

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan yang beriman dan beramal sholeh

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi

Moga kita takkan menyesal

Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua

Kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati

 
Sehingga ketemu lagi ya…

Wasalam ^.^

Jumaat, 20 Jun 2014

Indahnya Bahasa...


Assalamualaikum…

Sayup-sayup suara burung berkicauan,

Menandakan siang sudah menjelma,

Sudah lama blogku tidak diisi dengan coretan,

Kini ku hadir dengan cerita kehidupan dunia.

 

Kadang2 susah juga buat pantun ni ye bagi yg kurang mahir seperti sy ni…

Tapi, kalau tidak dipecahkan kepala untuk berfikir kita x akan dpt ayat2 yg puitis la katakan…

Indahnya ayat2 yg kita pelajari, dengan ayat kita mampu bersastera walaupun sy budak sains. Riak ke? Bukan niatku untuk menunjuk2 tp ingin membuktikan bahawa budak sains mampu bersastera bukan budak sastera je tau, budak2 lain x boleh n mampu lakukan… Bahasa Malaysia adalah bahasa yg menyatukan rakyat yg berbilang kaum, agama n bangsa.

Pelikkan remaja zaman sekarang, bagaimana boleh terjadi perkara ini? Bahasa, ayat n ejaan B. Malaysia boleh bertukar sehinggakan susah utk dibaca bagi orang yg normal… perlu dielakkan agar generasi 2020 x terikut2 bahasa pelik. Maaf lah bagi yg terasa, siapa yg makan cili akan terasa la pedas ye ayat2ku yg x ada perisa cili ni…

Ayuh, bangkit n majukan diri dengan memartabatkan Bahasa Malaysia Jiwa Bangsa…

p/s : X susah menjadi susah, x senang menjadi senang…

Rabu, 21 Mei 2014

Hilangnya Permata Dunia...


Hilangnya Permata Dunia - (Ahmad Ammar Dalam Kenangan)

 

Sungguh indah nukilan kehidupanmu,

Dari kecil hingga ke besar,

Begitu ramai yang menceritakan kebaikkanmu,

Sehinggakan setitik keburukkanmu,

Tak mampu dikesan,

Timbul perasaan sebak di hati ini,

Setiap kali membaca helaian mengenaimu,

Hanya tangisan yang mampu kuberikan,

Lidahku tak mampu untukku berkata-kata…

 

Dirimu sungguh menyenangkan,

Perjalananmu sungguh membanggakan,

Pergorbananmu sungguh mengangumkan.

 

Tapi sayang,

Aku mengenalimu,

Setelah kisah-kisah permergianmu,

dikhabarkan ke seluruh dunia,

kerdilnya aku berbanding dirimu,

semoga kisah kehidupanmu,

menjadi ikhtibar para pembaca.
 
 
 

Rabu, 30 April 2014

Bahaya ye harus berjaga-jaga....


Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Cuba teka… antara bnyk2 benda apa yg paling tajam? Pedang? Lembing? Pisau? Mmg betul tp ada yg paling tajam dari semua tu, jawapan ye ialah LIDAH. Walaupun lidah x bertulang tp mampu menghiris hati org. Contoh ye dgn mengatakan sesuatu yg tlh berlaku n perkara yg ingin dilupakan diimbas semula dgn kata2.

                Luka di tangan kita boleh nampak, tp luka di hati siapa yg tau. Kita x blh melupakan apa yg tlh terjadi kecuali dgn mengubah apa yg akan berlaku. Misalnya, dgn berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap agar x memberi kesan kpd pendengar.

                Antara langkah2 utk mengatasi dari mulut berleluasa adalah:-
  •      DIAM krna itu lebih baik. (Paling x pun, bercakap apabila perlu.)
  •    Mengasingkan diri drpd org (bersendirian/ x bersosial)
  •    Memperbanyakkan zikir
  •    Membaca bahan2 bacaan yg berfaedah
  •    Elakkan diri drpd media massa (hiburan dunia)
  •   Sentiasa ingat mati. (Ingat dosa yg akan dbuat)

Langkah2 mencegah ialah:-
  •   Perangai ibu bapa perlu di ubah dr menjaga tepi kain org lebih baik jaga kain sndiri. Anak2 akn mencontohi perangai ibu bapa kerana “Bagaimana acuan, begitu la kuih ye”.
  •   Tangani sikap nenek n datuk yg turut masuk cmpur dlm isu kampung. Cth ye, klau ssorg melakukan kesalahan, akan tersebar luaslah berita tersebut dgn kewujudan2 extra perisa tambahan oleh mulut2 kepoh. Ingat la org tua, hidup ni singkat kubur kata mari.
  •   Tingkat ilmu agama dlm keluarga agar x mudah percaya anasir2 negatif sekeliling yg blm tentu benar ttg kesahihannya.

Anda ada tambahan? Dipersilakan kongsi…

Semua org x lepas dr mengumpat, bercerita, mengutuk, n sewaktu dgnnya. Sy pun x terkecuali, sy berkongsi hal ini dgn anda agar x memberi pahala percuma kpd org lain. Takut dosa lebih banyak dr pahala di akhirat kelak… Fikir2kanlah ye bakal jenazah…

Setakat ini sajalah dahulu, lain hari berjumpa lagi… ^.^

Selasa, 8 April 2014

Penceraian? Apa punca n cara pnyelesaiannya?


Assalamualaikum…

Skrg bnyk isu ttg penceraian, x kira d klgn artis atau org biasa. Di sini sy ingin mengongsikan petikan dari buku La Tahzan oleh Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni yg sy baca ttg punca2 terjadinya penceraian n mslh2 utk mengatasinya. Judul di dlm buku tsebut ialah:-

 Awal Setiap Pertemuan Dgn Senyuman m/s 527…

~   Kebanyakan pmasalahan rumahtangga tjadi n muncul dr mslh2 remeh-temeh. Berpuluh2 mslh yg bhujung pd ppisahan antara suami isteri, semuanya muncul n berawal dr mslh2 yg sngt remeh. Salah satunya adalah keadaan rumah yg x teratur n mknn yg x dhidangkn tepat pd waktunya. Atau sbb lain, krna isteri keletihan shingga x ingin suaminya terlalu bnyk menerima tetamu. Dgn mendaftar semua permasalahan itu dan, klau perlu, pmasalahan lain- yg dsertai dgn alternatif penyelesaiannya- akan mghentikan kehancuran rumahtangga n risiko anak2 yg harus kehilangan salah sorg org tuanya.

~   Bagaimana pun kita harus myedari kenyataan, keadaan n kekurangan kita. Kita harus keluar dr dunia imaginasi n idea2 yg x dpt drealisasikan, kcuali hnya oleh bbrpa gelintir individu yg mmpunyai tekad n kesabaran yg tggi.

~   Kita adalah manusia yg blh marah, blh bsikap keras, blh lemah n blh salah. Yg harus kita lakukan adalah menanamkn konsep relatif d dlm mncari keseimbangan hbgn suami isteri, agar kita dpt mnjalani kehidupan yg singkat ini dgn damai.

~   Jika si isteri sdg marah maka suami harus diam, n demikian sebaliknya, shingga api yg bergolak itu padam dgn sndirinya, emosi d hati itu dingin dgn sndirinya, n gejolak d dlm hati itu akn mereda. 

~   Perlu anda ketahui bhwa jika nnti dia sedar maka ia akan menyesali apa yg tlh tjadi n mengakui betapa besar faedah bersabar itu. Setidaknya, anda dpt mnyelamatknnya dr tindakan marahnya n mmbawanya kpd ketenangannya.

~   Kesedaran spt ini harus benar2 dfahami oleh sorg anak ketika org tuanya sedang marah, atau sorg isteri ketika suaminya sdg marah. Biarkanlah dia marah smpai bhenti dgn sndirinya, n jgn ambil peduli. Setelah itu dia akn menyesal n minta maaf atas apa yg tlh dlakukannya. Sebaliknya, jika ucapannya n perbuatannya itu dlawan dgn cara yg sama, maka akan muncul permusuhan yg smkn berlarutan. Ttpi balaslah dgn kebaikan atas apa yg tlh dlakukannya pd waktu x waras itu.

~   Namun kesedaran seumpama ini jarang dlakukan. Sehingga ketika ssorg melihat org lain sdg marah maka dia akn melayaninya. Padahal tindakan spt itu sama sekali bukan tindakan yg bijaksana. Ttpi hal ini hnya dpt dcerna oleh org2 yg berilmu.

P/S : Selamatkanlah rumah tangga kita dr muncul ye penceraian selagi belum terlambat.

Sabtu, 22 Mac 2014

Kehidupanku...


Kehidupanku...

Kehidupanku berubah setelah mengenali dia. Seorang lelaki yang suka merendah diri terhadap kelebihan yang ada padanya. Seseorang yang luar biasa dengan keistimewaan sendiri yang jarang kutemui pada lelaki lain. Seandainya dia pilihan terbaikku, aku terima dengan lafaz bismillah dan akan menjaga dia sebaik mungkin.

Hati yang mengerakkanku ingin mengenalinya dengan lebih mendalam, Allah telah mengabulkan doaku untuk mendapat seseorang yang mampu mengubahku kearah kebaikkan dan meninggalkan keburukkan apa yang telah ku lakukan sebelum ini. Ku harapkan dengan adanya dia dalam kehidupanku akan menjadi sinar matahari yang sentiasa menerangi bumi, seperti bintang yang menjadi lukisan di langit pada waktu malam dan menjadi pelangi yang muncul selepas hujan.

Lumrah kehidupan, manusia hidup berpasang-pasangan. Cinta wujud dengan adanya perasan atau sesuatu yang tidak mampu diungkap oleh bibir sehinggakan lidah tidak mampu berkata apa-apa. Tetapi ketahuilah, di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita sebagai pendampingnya.

Aku ingin memilikinya sebagai seseorang yang halal bagiku. Tapi, bilakah hari itu akan tiba? Ku harap penantian ku ada jawapan, jawapan yang ikhlas lahir dari hati nuranimu. Akan ku nantikan kedatanganmu wahai insan yang membuatkanku tersenyum dalam mengharungi kehidupan... Mr. Z....

Selasa, 11 Mac 2014

Misteri ye kehilangan M370...

Assalamualaikum...

Skrg masih lg dlm keadaan tertanya-tanya? Kehilangan sebuah kapal terbang yg riuh di facebook, twitter, tv, radio n pelbagai lg media-media teknologi... Ya Allah, permudahkan pencarian tersebut, selamatkn semua yg ada di dlm pesawat MH370 dlm keadaan selamat dan hentikan kami dr keadaan tertanya-tanya. Berikan kami pertunjuk Mu ttg keberadaan pesawat itu.

Hebatkn ujian Allah pada hambanya? Dgn kehilangan pesawat MH370, kita tlh kenal bbrpa manusia yg busuk hati ye dgn mereka cerita, memfitnah, bersangka buruk n mcm-mcm lg. Yg paling menyedihkan, org yg beragama Islam... Syg ye, semoga Allah memberi balasan kpd mrka yg memburukkan keadaan. Bayangkn, apa yg akn tjadi pd masa hdpn seandainya manusia hnya mementingkan diri sndiri spt mrka? Mampu ka Malaysia berkembang n mmbangun seperti Negara Jepun? Fikir-fikirkn la, tepuk dada tnya iman...

Semua org akn diuji dgn pelbagai ujian antara berat n ringan bergantung kpd kemampuan individu tsebut. Ujian yg kta hadapi x la sehebat ujian Allah kpd para Nabi kta terdahulu, tp ingat la tnpa ujian hidup kta x kn mencabar n sunyi dr pelbagai perasaan. Apa yg kta perlu buat hanya la BERSABAR...

Kpda semua Hamba Allah, jgn lupa utk berdoa agar pencarian MH370 berakhir dgn khabar gembira. Allah sentiasa bersama dgn kita...


Khamis, 6 Mac 2014

Cinta? Apa yg anda fhm?


Assalamualaikum cinta…
 

Cinta? Apa yg anda faham? Setiap org mpunyai pndapat masing2, bagi sy? Cinta adalah sesuatu perasaan yg hadir tanpa kita sedari kita telah menyayanginya & menyukainya. Ia x dpt diungkapkan melalui kata2 krna hati yg bisa mengadili siapa yg berhak memiliki cinta…
 
Cinta ini terdapat pelbagai jenis… percaya x? Antara ye ialah cinta kerana terpaksa, cinta yg ikhlas melalui hati, cinta kerana Allah & pelbagai lg… semua org pernah mngalami cinta kn… sy akui sy pernah mgalami cinta terpaksa. Terpaksa menerima sesorg krna kwn shingga la ia btukar menjadi syg, tp ia x berkekalan krna mslh2 sekeliling. Mungkin yg pergi itu cinta, tp yg akan dtg nnti jodoh. Sapa sngka mungkin hari ini sy kehilangan org yg sy syg, tp nanti akn dtg sesorg yg menyayangi sy kn.

Alangkah indah ye klau bcinta slps nikah, semua ye halal. Tiada batasan, tiada jarak yg memisahkan, sntiasa ada org tersayang disisi… cinta yg mdapat restu dr keluarga… sweet ye kn? Kpd kaum Adam, jgn mengusik hati wanita tnpa niat ingin menikahinya. Kdg2 jgn memandang perempuan yg cantik je nk jd isteri, tp pilihlah hatinya kerana x semua prmpuan yg cantik ni baik ahklak ye n ada yg muka je cntik tp perangai Wallahu a’lam…

~ Cinta yg paling indah ialah cinta kpd pencipta,
   ia akn bkekalan smpai bila-bila n tiada  penghujung. (^-^)

Rabu, 26 Februari 2014

Jodoh? Siapakah dia?

Assalamualaikum...

Mungkin yg pergi itu cinta, yg akan dtg jodoh kita....

Siapa sngka seseorg yg kta benci akan mnjd seorg yg istimewa suatu hari nnti kn. Lumrah kehidupan, jgn dkejar sesuatu yg x pasti n mgharap prkara yg blm tjadi krna ia mmbuat kn kita mensia-siakn kehidupan demi menunggu seseorg.

Siapakah dia? Jejaka yg akn mjdi imam di setiap sujudku, guru kpd setiap bacaanku, ayah kpd anak-anakku kelak. Misterikan, hnya Allah yg mgetahui apa yg akn terjd pd masa hdpn krna jodoh itu rahsia Allah. Ia kn hadir tepat pd masanya....

Indah ye lukisan alam andai ditemani insan tersyg d sisi, bilakah tiba detik itu. Bersabarlah duhai hati, masa ye akn tiba antara cepat atau lmbt...




Sabtu, 22 Februari 2014

Bosan ye? Jom baca sekejap...

Hidup perlu dteruskn wlau dugaan dtg melanda, akan ku hadapi dgn senyuman...

Hari-hari melakukan kerja yg sma seolah-olah tiada kerja lain yg perlu dlaksanakan. Bgmna mengelakkn rasa bosan? Jgn la merungut dgn dunia krna dunia ni hnya smentara. Ini antara cara-cara yg snang utk dibuat, cuma pilih je utk mgelakkn rasa bosan....
  • luangkn masa utk diri sndiri
  • bersama kwn, keluarga n org tsyg
  • melakukan ssuatu yg kta minat
  • memandang awan yg bgerak/ air sungai yg mengalir/ keluasan pantai
Jgn alpa dgn dunia je tau, akhirat kta tggl kn mcm tu je... jgn ingt pahala kta sdh cukup padahal seolah-olah setitik air d lautan shja, tu pun klau ada. La Tahzan tp kta berusaha utk mncapai syurga...
Cara-cara ye? Sng je, x susah pun spt mgangkat air d tempayan, just duduk diam dgn melakukan pkara spt ini :-
  • luangkan masa utk solat
  • bzikirla slps solat
  • membaca al-Quran/ kitab-kitab
Jom beramal dgn sy utk mengatasi mslh bosan dgn urusan harian...

p/s: sy blm solehah lg, tp masih bljr utk mnjd ahli syurga. Tegurla sy andai ada slh n silap di setiap ayat-ayat yg sy tulis.